Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. sila2 la singgah di blog nurulamalinaanuwa.blogspot.com. blog saya x gah pun. maaf la kalau kata2 saya melukakan hati korang. saya tiada niat mahu buat korang terluka. maaf ye. next time singgah la lg ya. terima kasih kerana sudi singgah =)

Impian ini akhirnya terlerai

Kita selalu bermimpi
punya keluarga yang bahagia
kehidupan yang cukup indah
bersama anak2 kecil
hasil perkongsian kasih antara kita

Kita selalu bermimpi
punya kereta mewah
kedai bakery penuh strawberry
dan butik yang mengagumkan
tersergam indah hasil gabungan nama
dua insan yang sedang bercinta

Kita selalu bermimpi
ingin bersama 
merangkul segulung ijazah 
melemparkan topi graduasi
menampakkan kebahagiaan 
kita bersama keluarga tercinta

Tapi sayang
mimpi ini hanya sekadar mimpi
mimpi yang mungkin akan terhapus
pabila ku tersedar dari dunia khayalanku
impian ini akhirnya terlerai 
bersama masa yang takkan bisa diundur lagi

Bonding Between Us

Orang kata kami tiada bonding
Kalau tiada masakan kami boleh bersama
dalam susah senang suka dan duka
Orang kata kami senang saja bersama 
Kalau benar kenapa masa susah
kami masih tetap bersama?
Orang kata kami menjengkelkan
kami tak peduli
kami sedar kami tak sebaik mereka

Kami makan bersama
Kami lepak bersama
Kami buat apa pun bersama
Kami tak gaduh
Kami jujur kalau tak suka
Kami tak simpan dalam hati
Itu rahsia kekuatan persahabatan kami

Kalau ada yang bersedih
kami sentiasa disisi
Kalau ada yang lemah
kami sentiasa memberi kekuatan
Kalau ada yang dihina
kami masih bersama 
tanpa mempedulikan kata orang

Aku masih ingat
saat aku kehilangan teman
kalian hadir memberi kekuatan
dan akhirnya kita bersama
menjadi sebuah ikatan 
yang takkan pernah putus
In Shaa Allah

Walau kami jauh
Kami tak lupa antara satu sama lain
Biar tak sms atau call
Tapi sentiasa dalam hati

Bonding Bukan bererti
kami bersama berkepit
Tapi bonding datang dari hati
Susah senang ada 
suka duka tak pernah hilang
gelak tawa bersama
ketika duka lagilah bersama

itulah ikatan antara kami = bonding between us


emmy natila binti ahmad.nurul fatin khairiyah binti ibrahim.
nurul syaqirah binti muhammad sufi.nurul amalina binti anuwa.

Dikala.........

Dikala kau berputus asa denganku
aku masih setia denganmu
Dikala kau benci terhadapku
aku tetap setia mencintaimu
Dikala kau mencabarku
aku kaku tanpa kata
bukan bererti aku takut
tapi aku tak mahu yang lain selainmu
Dikala kau melantang suara
sedikit pun takkan ku berganjak
Dikala kau memutuskan
sedikit pun tiada rasa benci terhadapmu
Dikala kau nyatakan kesabaranmu
mengertilah yang aku juga bersabar denganmu
Dikala kau menghina diri
tidak sekali aku percaya
kerna ku tahu kau adalah yang terhebat
Dan dikala segala telah terjadi
ku redha andai ini jalan buatku....

rindu dalam duka

Malam ini ku sendiri
tanpa ditemani cahaya bulan
dalam menanti pagi menjelang tiba
mengapakah kau nodai cinta murni?
sedangkan kau tahu cintaku suci

Kau merobek jiwaku
tanpa peduli ku terluka
bukan kemahuanku
bukan kehendakku
atas kegagalan cinta ini

bukan ku tak mengerti
aku hanya insan
yang menuntut kerinduan
dalam kesakitan bicaramu

aku pasrah akan ketetapan ini
mungkin diri kurang mengerti
dalam mengenal diri sebenar

#aku merinduimu dengan sepenuh kerinduan, tidakkah kau mengerti apa yang ku rasakan ini.

S.H.M.I.L.Y

Heyyyy awak yang di sana tu. saya ada utusan untuk awak.

Buah Hatiku.... Mungkin saya bukanlah yang terbaik untuk awak. tak seperti sahabat2 awak yang memiliki buah hati yang sempurna. selalu teman buah hatinya makan, study dan sebagainya. Maaf kerana saya tak mampu memberikan semua itu kepada awak. Saya tahu saya tak selalu teman awak makan, tak selalu study dengan awak. Kalau takde kelas pada hari tu, memang awak takkan nampak muka saya kan. Saya tahu awak terasa dengan saya. Saya tahu awak sedih dengan saya. Saya cuma nak awak tahu, walaupun saya tak buat apa yang girlfrienddd kawan2 awak buat. tapi awak sentiasa dalam ingatan saya. Awak sentiasa ada dalam setiap doa2 saya. kalau saya doa saya nak berjaya dalam hidup ni, awak mesti ada dalam kejayaan saya tu. Awak janganlah fikir bila saya memiliki segala kejayaan saya, saya akan tinggalkan awak. Saya tak kisah kalau orang nak cakap "Aiman kau tengok tu, amal dapat result bagus2. dia study dgn geng2 dia je. kau kat sini result biasa2 je. dia dah lupakan kau". Awak!! saya tak kisah lah apa pandangan orang terhadap awak, terhadap saya. Apa yang penting saya takkan lupakan awak, takkan lupakan segala yang telah awak korbankan untuk saya. Saya takkan lupa semua tu. kalau nanti saya dapat pekerjaan yang bagus, saya pun nak awak juga dapat pekerjaan yang bagus. Saya tak selalu dengan awak bukan sebab saya ada yang lain, bukan juga sebab saya dah tak sayang awak. Tapi sebab saya sayang awak lah saya buat semua ni. Sebab saya sayang awak lah saya belajar untuk tak bergantung harap hanya pada awak. Sebab saya sayang awak lah saya semakin jauh dari awak. Tak semudah ABC tau saya nak belajar jauh dari awak ni. Saya harap awak faham keadaan saya. Ada sebab yang lebih besar kenapa saya buat awak macam ni. Saya harap awak mengerti.

SEE HOW MUCH I LOVE YOU :)

Setiap apa yang berlaku sekarang, akan ada ganjarannya di masa hadapan
Saya tunggu awak dengan lafaz "Aku Terima Nikahnya NURUL AMALINA BINTI ANUWA"

Andai ini TakdirMu

sedang aku terleka
dosa dan khilaf datang menyambar
pabila aku tersedar
segala anugerah hilang sekelip mata


dalam diam
kurasa sesuatu
menyapa dalam kegelapan
mendekat dalam kesepian
menyentuh dalam kesedihan
mengenggam dalam keharuan

hati bagai diratap
jiwa umpama tidak bernyawa
seluruh anggota menjadi kaku

disaat ini
rasa ajal semakin mendekat
sempatkah aku
menerima taubat dariMu

Ya Allah
andai ini takdirMu
kuatkanlah aku
bimbinglah aku

cinta manusia boleh dicari, cinta Allah tiada gantinya....



Aku tanpa hidayahMu


Aku leka dengan duniawi
Membuat aku bongkak dalam segala hal
Membuat aku melukai insan yang aku sayangi
Aku alpa dalam mengenalMu
Aku lupa akan penciptaku

Dan tika aku tersungkur
Aku masih lagi alpa
Aku lupa siapa diri
Nafsu menjadi rajaku
Iman runtuh tanpa sapaan

Ya Allah,
Sesungguhnya aku hina tanpa hidayahMu
Aku cacat tanpa petunjukMu
Aku keji tanpa redhaMu
Terimalah taubatku

Aku tak mahu jauh dariMu
Aku tak mahu berpaling dariMu
Aku ingin selalu dijalanMu
biar susah biar payah
Aku redha jika itu ketentuanMu