Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. sila2 la singgah di blog nurulamalinaanuwa.blogspot.com. blog saya x gah pun. maaf la kalau kata2 saya melukakan hati korang. saya tiada niat mahu buat korang terluka. maaf ye. next time singgah la lg ya. terima kasih kerana sudi singgah =)

Andai ini TakdirMu

sedang aku terleka
dosa dan khilaf datang menyambar
pabila aku tersedar
segala anugerah hilang sekelip mata


dalam diam
kurasa sesuatu
menyapa dalam kegelapan
mendekat dalam kesepian
menyentuh dalam kesedihan
mengenggam dalam keharuan

hati bagai diratap
jiwa umpama tidak bernyawa
seluruh anggota menjadi kaku

disaat ini
rasa ajal semakin mendekat
sempatkah aku
menerima taubat dariMu

Ya Allah
andai ini takdirMu
kuatkanlah aku
bimbinglah aku

cinta manusia boleh dicari, cinta Allah tiada gantinya....



No comments: