Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. sila2 la singgah di blog nurulamalinaanuwa.blogspot.com. blog saya x gah pun. maaf la kalau kata2 saya melukakan hati korang. saya tiada niat mahu buat korang terluka. maaf ye. next time singgah la lg ya. terima kasih kerana sudi singgah =)

AKU KATA


Aku kata "ASTAGHFIRULLAH" tapi hati masih gemar akan maksiat
Aku kata "WA ATUBU ILAIH" tapi jasad masih melakukan dosa yang sama

Aku kata "WA NADIMNA YA ALLAH" tapi kesilapan lalu masih ku ulangi
Aku kata "SUBHANALLAH" tapi aku tidak mampu menghayatinya
Aku kata "ALHAMDULILLAH" tapi aku tak bersyukur dengan kurniaanNya
Aku kata "ALLAHUAKBAR" tapi cintaku lebih kepada dunia
Aku kata "MA FI QALBI GHAIRULLAH" tapi masih ada ruang dihatiku untuk insan yang tidak halal 
Aku kata "AKU TAK LAYAK KE SYURGA, TAPI AKU TAK SANGGUP KE NERAKAMU" namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka
Aku kata "AKU INGIN MENDEKATIMU" namun amalku tak seiring dengan kata2 ku
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini, kerana air mata yang mengalir seakan sia2
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata, kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal
Bahkan aku malu dengan Sang Burung yang berkicau
Kerana aku insan yang dinodai dengan dosa
Sedang Sang Burung tidak disentuh walau sekelumit dosa


No comments: