Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. sila2 la singgah di blog nurulamalinaanuwa.blogspot.com. blog saya x gah pun. maaf la kalau kata2 saya melukakan hati korang. saya tiada niat mahu buat korang terluka. maaf ye. next time singgah la lg ya. terima kasih kerana sudi singgah =)

Yakinlah Dia ada, dan selalu ada



Setiap orang,
akan ada sesuatu yang dia simpan.
akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsi.
siapa pun dia,
segembira mana pun dia.
walau sekerap mana pun kamu melihat dia tersenyum.
pasti ada perkara-perkara yang pernah buat dia terluka.
pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya.
pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
pasti ada,
kerana dia juga manusia.

makanya,
bila kamu menyangka hanya kamu yang merasa,
hanya kamu yang melalui,
dan hanya kamu yang mengerti,
kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan,
ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang kamu lalui,
ada.

cuma, mungkin kamu tak pernah tahu,
kamu tak pernah nampak.
jangan selalu menganggap,
bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji, 
paling berat diduga.

Ada.
ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
sudahlah, kesat air matamu.
walau serumit mana situasi kamu,
pujuk hatimu.
Yakinlah Dia ada, dan selalu ada.
bila kamu menyandar harapan padaNya, Dia tidak akan sesekali mempersia harapan kamu,
bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNya,
Dia tidak akan sesekali mengkhianati kepercayaan kamu.


No comments: