Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. sila2 la singgah di blog nurulamalinaanuwa.blogspot.com. blog saya x gah pun. maaf la kalau kata2 saya melukakan hati korang. saya tiada niat mahu buat korang terluka. maaf ye. next time singgah la lg ya. terima kasih kerana sudi singgah =)

aku cemburu......

Sungguh aku cemburu engkau bakal melangkah ke alam perkahwinan..
bukan cemburu kerana kau menemui cinta terlebih dahulu..

tetapi....

cemburu kerana kau bakal menyempurnakan separuh dari agamamu...
cemburu kerana setiap tindak baikmu terhadap pasanganmu bernilai ibadah...
cemburu kerana engkau berjaya menyempurnakan sunnah Nabi kita...
cemburu kerana engkau bakal menjadi penyambung umat Nabi Muhammad...

sungguh aku cemburu...

Ya Allah...
janganlah Engkau jadikan cemburuku ini berlandaskan amarah dan nafsu..
janganlah Engkau biarkan cemburu ini menerbit prasangka dan kebencian..
sesungguhnya aku cemburu namun turut berbahagia kerana syaitan bakal menangis melihat satu lagi pasangan dari kalangan hambaMu mendirikan rumahtangga demi menggapai redhaMu..

Sesungguhnya hanya padaMu aku berdoa dan berharap...
janjiMu itu pasti...
Engkau telah sediakan jodohku sejak Luh Mahfudz lagi...
akan ku sabar menanti...

indahnya sabar itu...
seperti pengembara di gurun sahara,
kemudian bertemu tempat berteduh,
dan kemudian dihadapannya ada sebejana air sejuk..

tahniah kepada sahabat2ku yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. semoga cinta kalian berkekalan hingga akhirnya. doaku sebagai sahabat, semoga kalian tabah menempuhi ujian berumahtangga :)

No comments: