Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. sila2 la singgah di blog nurulamalinaanuwa.blogspot.com. blog saya x gah pun. maaf la kalau kata2 saya melukakan hati korang. saya tiada niat mahu buat korang terluka. maaf ye. next time singgah la lg ya. terima kasih kerana sudi singgah =)

NIKAH KHITBAH

assalamualaikum w.b.t ,
hye blogger ,
selamat pagi semua .

Pagi2 ni tiba2 plk terfikir tentang dunia sekarang. wahhh kau !. hehe. em tengok dunia skrg ni . huh ! seks luar nikah , gugur anak. heyy tak berdosakah? tak rasa bersalah ke buat maksiat? manusia2. ni semua berpunca daripada COUPLING. tahu tak punca2 siswa dan siswi IPT ni kurang cemerlang di IPT ? haa ni nk bgthu. punca dia "COUPLING LAH" . ohhh jangan marah2 dulu duhai psgn yg bercouple. mehh nak bagitahu ni. cuba fikir soalan yg akan saya utarakan ni. coupling menghabiskan duit , perasaan dan tenaga intelektual ? betulkan ? tipulah kalau kata salah :). coupling hnya membawa kegagalan, kecualilah coupling yg halal iaitu PERNIKAHAN.

bila sebut nikah je. ni lah alasan yg biasa kita dgr. "mana ada duit." , "nak bagi anak orang makan apa ?" , "mak ayah tak kasi" , "mana ada kerja lagi" , "nak tinggal mana?" , "diri sendiri pun tak terjaga" dan byk lg alasan. mereka mengemukakan plbgi alasan utk melakukan perkara yg halal , tapi langsung tak kemukan alasan utk perkaa yg haram? jawapan utk semua persoalan tu "anda wajib berkhitbah"

KHITBAH ? apa tu ? maksudnya "bertunang". bertunang ikut adat orang melayu plk perjanjian di antara dua insan untuk berkahwin melalui proses tertentu. definisi ini juga yg t'dpt dlm fiqh klasik dan juga zaman Rasulullah s.a.w. definisi ini juga yg diamalkan oleh org2 melayu di malaysia. malangnya, sbb kejahilan msyrkt malaysia , hbgn sekadar perjanjian semata2 diaggap sebagai upacara utk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yg bertunang. lebih dahsyat ada ibu bapa yg mengatakan bertunang bermaksud "separuh nikah". salah sebenarnya tu. tunang bukan tiket utk buat maksiat :)

khitbah menurut pengamalan orang Arab moden , ia merupakan "akad nikah". akad khitbah dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. seperkara yg membezakan akad nikah dan khitbah ialah kedua2 pasangan tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. pada dasarnya , mereka berdua adlh suami isteri dan halal melakukan apa sahaja yang difikirkan utk mereka melakukannya. 

KHITBAH DI IPT..

apa plk ni kan? haa siswa/i ni banyak sgt alasannya kan. khitbah lah solusinya. kedua2 pasangan tak perlu duduk sekali , tak perlu tanggung antara satu sama lain , tak perlu mkn lebih , tak perlu beli peralatan rumah dan perabot bagai. nikah adalah utk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan.

sudah sampai masanya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. mereka harus menerima realiti jahiliah moden yg menggila ini. mereka mengahadapi 2 penyelesaian , sama ada menerima arus liberal dan sekular yg menghalakan segala perhubungan bebas di antara 2 jantina, dan kemudian mereka yg menanggung malu. atau kedua, membenarkan anak mereka menikmati alam percintaan dgn cara yg halal, iaitu dgn ikatan perkahwinan. walaubagaimanapun , membenarkan anak2 bernikah di dalam ni merupakan satu risiko. maka disinilah peranan ibu bapa untuk membantu anak2 mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka. 

memang sukar untuk manusia hari ini menerima semua ini. bernikah usia yg muda? mcm2 lah lg. tp cuba kita buka pemikiran kita bernikah khitbah ni bertujuan utk mengelakkan perkara maksiat yg berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu melalui telefon , sms , facebook , dll) , bertemu antara pasangan wlpn ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa shj yg boleh jd muqaddimah kpd zina mata , tangan , hati , dll). nikah khitbah juga BUKAN KERANA NAFSU SEMATA-MATA. tak semestinya dah nikah kita kena laksanakan nafkah batin. ohh tidak. boleh je kita tak lakukannya. sbb ada yg masih belajarkan. taklah ada anak. Rasulullah dah mencontohi yg tak semestinya bila nikah kita kena tunaikan nafkah batin. Rasulullah dgn aisyah(masa tu aisyah baru berusia 9 thn) dan mereka berumahtangga pd usia aisyah 12 thn. masa tu lah rasulullah tunaikan nafkah batin dia. jadinya skrg nikah nk elak maksiat yg tak kita sedari tu maksiat, lps tu dah cukup duit baru buat majlis perkahwinan. dan masa tu lah tanggungjwb suami isteri dijalankan. dan suami berhak memberi nafkah kepada isteri. dgn nikah ni sbnrnya utk elak berlakunya zina. bila psgn coupling ni menelefon sesama sendiri tu dah kira zina mulut dan telinga(dosa) , rasa rindu dihati dipanggil zina hati(dosa) , sms dgn kekasih dipanggil zina tangan(dosa) dan kalau keluar berdua-duaan lagi lah bertambah dosa. tipulah kalau cakap tak rindu kekasih, tipulah kalau kata tak telefon kekasih, tipulah kalau ckp tak main sms. kita sms kekasih kita. bukan macam sms kwn2 kita. betul tak? haaa tak pyh tipulah. mana ada msg kwn ckp "syg awk , rindu awk" sy juga manusia. dah fitrah. tapi kalau dah nikah, hbgn lelaki dan perempuan yg dulunya terbatas tiada. kita call psgn kita dpt pahala, kita rindu dia kita dpt pahala, kita bg hadiah kt dia kita dpt pahala, kita keluar dgn dia adalah halal. nafkah zahir plk, ikut mampu suamilah. rm50 sebulan pun dah okayy kan. ibu bapa perempuan masih kena tanggung anak dia. tanggung masing2 lah kiranya. ti dah betul2 buat majlis kahwin(boleh je 10 thun lg nk buat majlis) barulah sepenuhnya ditanggung oleh suami. 

dan kelebihan besar yg kita dpt, first dah tunaikan sunnah Rasulullah. second, kita dpt tundukkan pandangan dan nafsu kita daripada bermaksiat kepada Allah. umur muda ni mcm2 dugaan dan cabaran menanti. puca maksiat dimana-mana. nak ke kita terjerumus dalam jurang dosa tanpa kita sedari? lebih2 lagi harapan mak ayah yg taknak tgk kita menderhaka kepada Allah dan Rasul. sedangkan ustaz pun boleh tergoda, ni kan kita manusia biasa yang penuh dgn dosa. 

ingat satu hal je. tak semestinya nikah ni kerana nafsu. nikah kerana Allah, takut akan dosa, takut derhaka kpd Allah, takut buat maksiat. haa tak semestinya kita ni kahwin sbb nak puaskan nafsu. mungkin kita boleh perang nafsu tu, tp tanpa kita sedari kita buat dosa dgn bersms, menelefon antara satu sama lain, rindu merindu. kita tak sdrkan semua tu. berapa byk dah zina yg kita buat. sedar tak? tipulah kalau sedar. skrg baru sedarkan. fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. perkara yang baik jangan dilambat2kan.

Rasulullah s.a.w bersabda :
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap(urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui(pasangan) yang sesuai untuknya.
(H.R Tirmidzi)

Fakta :
menurut kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti tempatan, 80% pelajar yang cemerlang adalah terdiri daripada mereka yang telah berkahwin. ini kerana mereka yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggunggjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh2 dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. jadi orang yang menganggap kahwin mengganggu pelajaran tidak tepat sama sekali.

di universiti ramai yang bercouple dan mereka boleh belajar seperti biasa. tapi, apa yg mereka buat tu adalah maksiat. kan elok, ibu bapa membenarkan anak mereka bernikah dan mereka boleh belajar seperti biasa. yg ni adalah disuruh dlm islam. jadi apa perbezaannya? yang satu belajar tapi diiringi dgn maksiat(macam mana nak berkat ilmu yang dipelajari) dan satu lagi telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. jd pilihan ditangan kita, sama ada kpd perkara yg baik atau buruk.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina..." (surah al-isra 17:23) 

No comments: