Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. sila2 la singgah di blog nurulamalinaanuwa.blogspot.com. blog saya x gah pun. maaf la kalau kata2 saya melukakan hati korang. saya tiada niat mahu buat korang terluka. maaf ye. next time singgah la lg ya. terima kasih kerana sudi singgah =)

buat calon suamiku kelak :)

sayang ,

Tidak mengapa jika awak tidak kacak , janji perangai awak kacak.
Tidak mengapa jika awak tidak putih , janji hati awak putih berseri.
Tidak mengapa jika awak tidak kaya harta , janji awak kaya dengan budi bahasa.
Tidak mengapa jika awak tidak pandai berkata-kata , janji awak jujur dan tepati janji.
Tidak mengapa jika awak tidak pandai bernyanyi , janji awak pandai membaca Al-Quran dan selawat.
Tidak mengapa jika awal tidak tahu bab artis atau hal duniawi , janji awak tahu bab agama dan dapat bimbing saya ke jalan Allah s.w.t.
Tidak mengapa jika awak terlambat berjumpa dengan saya , janji awak tidak terlambat bertemu dengan Allah s.w.t :)

sayang ,

jika namamu yg tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku
nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita...
Tugasku bukan mencari dirimu , tetapi mensolehahkan diriku..
Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku , imamku dan ayah dari anak-anakku , engkau yang membersamai perjalananku nanti..
Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak..
Amin....

Sayang ,

Tidak perlu menabur janji kepadaku , kerana aku tak termakan dengan janjimu . simpanlah janjimu itu dan kau buktikan kepadaku suatu hari nanti . Jika kau yakin aku tulang rusukmu , nikahi aku ketika kau benar-benar bersedia memikul tanggunggjawabmu . ketika kau benar-benar mengerti akan maksud yang tersirat pada lafaz akad nikah itu . harus aku pertegaskan maksud itu " AKU TANGGUNG DOSA-DOSA SI DIA DARI IBU BAPANYA , APA SAJA DOSA YANG DIA BUAT , DARI DEDAH AURAT HINGGA KE TINGGALNYA SOLAT , AKU TANGGUNG DAN BUKAN LAGI IBU BAPANYA TANGGUNG DAN AKU TANGGUNG SEMUA DOSA BAKAL ANAK-ANAK AKU . JIKALAU AKU GAGAL , MAKA AKU FASIK , DAYUS DAN AKU RELA MASUK NERAKA DAN MALAIKAT ZABANIYAH MELIBAS AKU HINGGA PECAH BADAN AKU "

Sayang ,

jika kamu sudah faham maksud yang tersirat itu dan kamu benar-benar yakin sanggup memikul tanggungjawab itu . insyaAllah aku menerimamu sebagai suamiku dan akan berada di sampingmu disaat susah mahupun senang . akan bersama-samamu walau apa jua dugaan sekalipun .

Tapi Sayang ,

Jika kau tidak yakin akan diriku . jika kau tidak yakin dapat membimbingku . jangan lah kau menikahi aku , kerana aku tidak sanggup untuk melihat dirimu diselubungi dosaku . tidak mahu dirimu menanggung dosa yang bukan dari kehendakmu sendiri .

Sayang ,

jika kau memilihku . insyaAllah , aku akan melakukan yang terbaik buatmu . Aku perlukan seorang lelaki yang boleh membimbing aku dan anak-anakku kelak .

SAYANG , AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH .

No comments: