Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. sila2 la singgah di blog nurulamalinaanuwa.blogspot.com. blog saya x gah pun. maaf la kalau kata2 saya melukakan hati korang. saya tiada niat mahu buat korang terluka. maaf ye. next time singgah la lg ya. terima kasih kerana sudi singgah =)

GURINDAM GADIS MANIS

gadis manis ibarat bunga, biarlah harum sepangjang usia.

gadis manis ibarat daun, supaya menghijau terus merimbun.

gadis manis ibarat dahan, hujan dan ribut teruslah bertahan.

gadis manis ibarat akar, tegapkan pohon terus menjalar.

gadis manis bagai merpati, terbang tinggi jagalah diri.

gadis manis bagai layang-layang, terbanglah jauh ingatlah sarang.

gadis manis bagai kunang-kunang, terbang ke rimba jadilah penerang.

gadis manis bagai rama-rama, terbang ke taman indahkan suasana.

gadis manis laksana bulan, hiasi langit jadilah teman.

gadis manis laksana bintang, sinarilah malam supaya terang.

gadis manis laksana mentari, berikan cahaya terangi mentari.

gadis manis laksana cakerawala, anugerah Tuhan Maha Pencipta.

No comments: